Lebih lagi bila ramai yang masih tidak tahu bagaimana cara menyikat rambut dengan betul! Memang tak tipu, sebenarnya cara kamu menyikat rambut juga sangat memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan rambut.

 

Jadi, jangan buang masa, jom ketahui bagaimana cara yang betul menyisir rambut.

 

 

✦   GUNAKAN SIKAT YANG SESUAI

Pertama sekali, pilih sikat yang bersesuai dengan jenis rambut kamu.  Contoh, Jika kamu seorang yang berambut lurus, sikat bergigi rapat sangat sesuai untukmu. Jika rambut kamu jenis ikal mayang dan kerinting pula, guna sikat bergigi jarang. Pastikan pilihan kamu tepat dan tidak akan menyebabkan rambut kamu rosak.




 

✦   JANGAN SIKAT KETIKA RAMBUT BASAH

Jangan sikat rambut ketika rambut kamu sedang basah. Sebaiknya tunggu sehingga rambut 70% kering kemudian barulah sisirkan rambut kamu menggunakan sikat bergigi jarang! Lebih baik sekirannya sikat itu diperbuat daripada kayu bukannya plastik. Ini kerana, rambut yang basah mudah gugur dan terputus dari akarnya.

 

✦   JANGAN KERAP MENYIKAT RAMBUT

Bila terlalu kerap menyikat rambut, ia akan menyebabkan rambut menjadi semakin halus, rosak dan gugur. Hadkan penggunaan sikat, sebaliknya cuba rapikan rambut kamu menggunakan jari-jemari. Ia dapat membantu mengurangkan masalah rambut gugur!

 

✦   BERSIHKAN SIKAT!

Usah biarkan sikat kamu dalam keadaan kotor seperti rambut-rambut gugur dan kotoran terkumpul di celah-celah gigi sikat. Sebelum kamu menggunakan sikat, pastikan kamu bersihkan dahulu sikat itu kemudian barulah sisirkan di rambut. Jika tidak, segala kotoran akan melekat di rambut.