Monday, July 24, 2006

Teknik Sikatan di Kepala

Petikan dari buku KAEDAH TERAPI URUT GUASA TRADISIONAL CINA oleh Tabib Cina Proff Ngau Heong, 2002, m/s 10

Terapi Urut Guasa

Kaedah Terapi Urut Guasa merupakan satu Kaedah Terapi Tradisional yang teristimewa di antara pelbagai kaedah perawatan dan perubatan tradisional berasal dari negeri China yang lain seperti Kaedah Terapi Akupuntur, Bekam dan Urutan. Kaedah Terapi Urut Guasa adalah salah satu dari Teori Perawatan Meridian dan Kaedah Akupuntur negeri China yang telah terbukti keberkesanan dan mempunyai pengalaman klinikal yang kukuh oleh pengamalnya.

Kebaikan Senaman Guasa
  1. mempertingkat proses metabolism
  2. mempertingkatkan sistem peredaran darah di dalam badan
  3. meransangkan sel-sel badan dengan membekalkan oksigen yang mencukupi
  4. mempertingkatkan sistem immunisasi badan
  5. mencantikkan kulit dan melambatkan proses penuaan
  6. menyelaraskan urat saraf
Papan guasa yang kedai maserra pasarkan seperti dibawah:
Tanduk Kerbau:

RM25.00


Tanduk Seladang Putih

RM25.00 (SOLD OUT)
Papan guasa berwarna hitam ini diperbuat daripada tanduk kerbau, manakala yang berwarna putih diperbuat daripada tanduk seladang putih. Permukaan tanduk telah diasah sehingga permukaannya menjadi licin bagi tujuan urutan guasa. Pengguna boleh melakukan teknik urutan guasa tanpa menanggalkan baju kerana permukaan yang telah dilicinkan atau boleh digunakan dengan sebarang minyak urut bagi menggunakan kaedah urutan sentuhan terus dan secara langsung ke badan pengguna.
Dua bentuk yang berlainan tetapi mempunyai peranan yang sama. Bahagian yang rata digunakan pada tahap permulaan guasa atau urutan ke atas badan yang lebih serata dan tekanan yang rendah pada bahagian tubuh. Manakala bahagian bucunya atau lengkungan yang boleh kita condongkan semasa mengurut, boleh digunakan jika pengguna mahukan tekanan yang lebih kuat dari yang biasa.
Kenapa badan akan merah apabila menggunakan guasa
Kebiasaannya tempat di mana badan kita diurutkan berkali-kali akan meninggalkan kesan merah di badan seperti kulit yang "pecah darah", mengikut pandangan pengamal urut guasa ini merupakan "angin" dan "toksin" yang terkumpul di badan dan dipecahkan dan di alirkan keluar. Kesan ini akan hilang sendirinya dan tanpa meninggalkan parut luka dan sebagainya.
Badan akan merasa lebih ringan selepas mengurut kerana ion-ion negatif di dalam badan telah dikeluarkan melalui urutan yang berkali-kali daripada papan guasa yang bersifat cas positif.






Sunday, July 23, 2006

Sikat Rambut Kesihatan Tanduk Seladang

RAHSIA KEJADIAN ALAM

Barangan Tanduk Seladang

Sikat Rambut Kesihatan Tanduk Seladang


Sikat Rambut yang diperbuat daripada tanduk seladang ini mempunyai tiga saiz iaitu:
  • Saiz Besar: berukuran panjang 13 cm, lebar 4.5 cm dan ketebalan 0.5 cm
RM35.00

  • Saiz Sederhana & Bergaya: berukuran panjang 14 cm, lebar 4cm dan ketebalan 0.6-0.7cm
 RM29.00
 
  • Saiz Kecil: berukuran panjang 9 cm, lebar 3.5 cm dan ketebalan 0.4-0.5 cm
 RM20.00


(Harga-harga di atas adalah TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN/POS)
Sikat rambut ini boleh digunakan di bahagian depan (gigi sikat) yang digunakan untuk mengurut kepala di bahagian yang mempunyai rambut. Manakala di bahagian belakang (pemegang sikat) boleh digunakan sebagai alat guasa untuk urutan yang lain di setiap bahagian tubuh anda.

Keistimewaan:
  • Membelai dan mengurut rambut secara rapi, sihat dan tidak gugur
  • Menghilangkan kelemumur dan gatal di kepala
  • Mengelakkan rambut berbuah, kutu rambut dan rambut kusut
  • Melegakan tekanan dan sakit kepala seperti migrain
  • Melambatkan pertumbuhan uban
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Membuang asid dan toksid dalam puri-puri darah
  • Meyejukkan dan menyegarkan kulit kepala dari haba panas yang terkumpul di kepala
  • Bercas neutral
  • Boleh digunakan untuk urutan guasa lain termasuk menegangkan buah dada (akan dibincangkan dalam catatan akan datang)

Keistimewaan sikat rambut yang diperbuat daripada tanduk seladang secara langsung merupakan satu terapi kesihatan melalui urutan refleksi ke atas kepala dan penggunaan kerap akan menyentuh secara tidak langsung titik refleksi terapi dalam meridian di bahagian kepala.

Titik Refleksi dalam meridian di bahagian kepala (petikan daripada Kaedah Terapi URUT GUASA Tradisional Cina, Tabib Cina Ngau Heong, 2002,ms 14) seperti:-

  • Meridian Usus Besar
  • Meridian Usus Kecil
  • Meridian Kelenjar TRI
  • Meridian Perut
  • Meridian Pundi Kencing
  • Meridian Hempedu
  • Meridian Urat Saraf Utama Depan
  • Meridian Urat Saraf Utama Belakang
Secara asas penggunaan sikat secara urutan GUASA ini boleh digunakan bila-bila masa atau lebih baik dilakukan selepas mandi dan sebelum tidur selama 5-10 minit:


  1. Sikat dari sisi kepala di atas cuping telinga, dari depan ke belakang, kiri dan kanan kepala
  2. Dari ubun kepala, sikat dari belakang ke hadapan kepala
  3. Dari ubun kepala, sikat ke bawah hingga ke leher
  4. Dari ubun kepala, sikat dari atas ke tepi hingga ke cuping telinga, kiri dan kanan kepala
Kenapa Menggunakan Guasa dari Tanduk Seladang/Kerbau

Alat yang digunakan pada zaman dahulu adalah terdiri daripada duit syiling atau sudu seramik. Penggunaan duit syiling pada masa kini adalah merbahayakan, kerana sisi syiling yang bergaris memerangkap pelbagai jenis kuman yang dicemari oleh pelbagai jenis manusia dan faktor kebersihan yang meragukan.

Guasa yang dibuat daripada tanduk kerbau atau seladang ini berkeupayaan untuk membuang kepanasan dan toksin daripada badan. Tanduk ini tidak akan menyebabkan kesan elektrik dan tidak menghasilkan kesan haba apabila bergeser dengan permukaan kulit.

Penjagaan Barangan Tanduk Seladang

  • TIDAK boleh direndamkan di dalam air panas
  • TIDAK boleh dijemur di bawah matahari yang terik
  • ELAKKAN berkongsi barangan anda dengan orang lain
  • MENCUCI menggunakan air sejuk dan simpan di tempat yang bersih
Saya akan membincangkan teknik urutan di bahagian lain ini secara asas atau lebih mendalam di catatan akan datang dengan menggunakan bahagian sikat ini (pemegang sikat), sebelum itu saya akan memperkenalkan apa itu Terapi Urut GUASA.

Buatlah tempahan anda dengan menghubungi Maserra di ajerra8959@gmail.com atau telefon 017 2228959