Monday, July 24, 2006

Terapi Urut Guasa

Kaedah Terapi Urut Guasa merupakan satu Kaedah Terapi Tradisional yang teristimewa di antara pelbagai kaedah perawatan dan perubatan tradisional berasal dari negeri China yang lain seperti Kaedah Terapi Akupuntur, Bekam dan Urutan. Kaedah Terapi Urut Guasa adalah salah satu dari Teori Perawatan Meridian dan Kaedah Akupuntur negeri China yang telah terbukti keberkesanan dan mempunyai pengalaman klinikal yang kukuh oleh pengamalnya.

Kebaikan Senaman Guasa
  1. mempertingkat proses metabolism
  2. mempertingkatkan sistem peredaran darah di dalam badan
  3. meransangkan sel-sel badan dengan membekalkan oksigen yang mencukupi
  4. mempertingkatkan sistem immunisasi badan
  5. mencantikkan kulit dan melambatkan proses penuaan
  6. menyelaraskan urat saraf
Papan guasa yang kedai maserra pasarkan seperti dibawah:
Tanduk Kerbau:

RM25.00


Tanduk Seladang Putih

RM25.00 (SOLD OUT)
Papan guasa berwarna hitam ini diperbuat daripada tanduk kerbau, manakala yang berwarna putih diperbuat daripada tanduk seladang putih. Permukaan tanduk telah diasah sehingga permukaannya menjadi licin bagi tujuan urutan guasa. Pengguna boleh melakukan teknik urutan guasa tanpa menanggalkan baju kerana permukaan yang telah dilicinkan atau boleh digunakan dengan sebarang minyak urut bagi menggunakan kaedah urutan sentuhan terus dan secara langsung ke badan pengguna.
Dua bentuk yang berlainan tetapi mempunyai peranan yang sama. Bahagian yang rata digunakan pada tahap permulaan guasa atau urutan ke atas badan yang lebih serata dan tekanan yang rendah pada bahagian tubuh. Manakala bahagian bucunya atau lengkungan yang boleh kita condongkan semasa mengurut, boleh digunakan jika pengguna mahukan tekanan yang lebih kuat dari yang biasa.
Kenapa badan akan merah apabila menggunakan guasa
Kebiasaannya tempat di mana badan kita diurutkan berkali-kali akan meninggalkan kesan merah di badan seperti kulit yang "pecah darah", mengikut pandangan pengamal urut guasa ini merupakan "angin" dan "toksin" yang terkumpul di badan dan dipecahkan dan di alirkan keluar. Kesan ini akan hilang sendirinya dan tanpa meninggalkan parut luka dan sebagainya.
Badan akan merasa lebih ringan selepas mengurut kerana ion-ion negatif di dalam badan telah dikeluarkan melalui urutan yang berkali-kali daripada papan guasa yang bersifat cas positif.






8 comments:

papazul said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mas Erra said...

Masih ada lagi, yg tanduk seladang berhujung tajam sudah habis, yg tinggal yg berbentuk 4 segi

faezah said...

salam...ada lagi tak papan guasa tu? macam mana nak beli?

faezah said...

salam..ada lagi tak papan guasa tu? macam mana nak bli?

faezah said...

ade ke tak de? reply plz...

Mas Erra said...

Maaf Pn/Cik Faezah kerana lambat respon. Ya..papan guasa tu masih ada. sila rujuk tab "CARA BAYARAN" atau Cik/Puan boleh sms terus ke hp saya 0172228959

murad idris said...

Assalamualaikum puan papan guasa tu still da stok tak

ZHNH said...

assalamualaikum..

saya mencari papan guasa..masih ada stock atau tidak.?

tqvm