Friday, September 28, 2012

Untung tak beli Emas?

Semoga blog ini memberi panduan kepad semua pembaca. Mas tak mahu sentuh aspek teknik, Mas akan cuba sedaya mungkin permudahkan pehamanan kita semua. Betapa untung kita menyimpan dalam bentuk emas.

Banyak orang kata, "tunggu ada anak perempuan lah, saya belikan dia rantai..kira pelaburanlah jugak" atau "tunggu kawinlah, saya belikan untuk isteri nanti", dan yang lebih sadis..."beli emas nanti dikenakan zakat"....yang ni memang sadis..tak kira kita simpan tunai atau emas..zakat wajib bayar..lebih banyak zakat dikeluarkan..lebih ramai kita bantu mereka yang memerlukan sebenarnya.

Ok berbalik kepada emas, kenapa Mas tidak berapa gemar dengan kaedah biasa. Apa tu kaedah biasa..rata-rata kaedah biasa yang menjual emas akan berikan dua harga.

HARGA JUAL (Harga yang pembeli perlu bayar untuk mendapatkan emas)

HARGA BELI (Harga yang penjual emas membeli emas dari pembeli)

Huhuhu..jangan pening bab ni ya..faham kan yang atas sahaja, cukup mudah.

Sekarang, Mas ambil contoh 1 syarikat dengan harga yg dipaparkan dalam web mereka hari ini, 27 Sept 2012.
Jadi berdasarkan harga yg dipaparkan, bila kita ingin membeli jongkong emas seberat 100g, kita perlu membeli dan membayar dengan harga RM19,400....

Maka untuk kita mendapatkan keuntungan,  kita perlu memegang emas tersebut dan MENUNGGU dan TERUS MENUNGGU sehinggalah HARGA BELI dari RM16,500, iaitu kenaikan sebanyak RM2900 atau sekitar 15%..baru melepasi tahap pulang modal....persoalan,
  1. BERAPA LAMA KITA HARUS TUNGGU untuk mendapatkan harga tersebut?
  2. Jika esok atau bulan depan kita perlukan tunai, alamatnya kita rugi RM2900...ayoyoyo
  3. Kalau HARGA EMAS TURUN..alamaknya TUNGGU lagi lah lama
  4. Berapa keuntungan jika kita sudah memegang dalam masa setahun, adakah berbaloi?
Jadi cara biasa pembelian emas ini, atau cara lama atau klasik lah lebih kurang, memerlukan masa 1-3 tahun untuk kita mendapatkan keuntungan. Sanggup tunggu selama itu?

Saya ambil contoh , pembelian emas 20gram untuk 2 keping yang saya lakukan pada tahun 2009 berdasarkan resit yang saya paparkan.


  • Tarikh: 12 Mei 2009
  • Berat: 20 gram
  • Harga: RM 2,128
  • Harga per gram: RM106.40 (RM2128/20g)
dan kemudiannya, selama tempoh pemegangan 2 tahun 10 bulan (34 bulan), saya menjual semula seperti resit di bawah



  • Tarikh: 16 April 2012
  • Berat: 20 gram
  • Harga: RM 3,376 
  • Harga per gram: RM168.80  (RM3376/20g)
Jadi jumlah keuntungan untuk 34 bulan adalah sebanyak RM1,248 (RM3,376 - RM2,128) atau 21% setahun...

Manakala, jika Mas tak jual pada bulan April dan menjualnya hari ini, harga 20g sudah menjadi RM3530..fuh!!...korang kira sendirilah..malas nak fikir..huhuhuh

Banyak orang yang terkejutkan? Sebab ianya lebih tinggi dari kita menyimpan TUNAI di Bank, ASB menawarkan sekitar 8% sahaja setahun...jadi dalam kita menukarkan TUNAI kepada EMAS, sangkaan mengatakan "hey! mana boleh dapat keuntungan setinggi itu"..sudah saya sangkalkan dengan bukti Mas sendiri.

Nampak tak? Jika kita rasa, duit TUNAI tersebut TIDAK MAHU DIGUNAKAN  dalam masa 2-3 tahun, cara klasik ini mudah di fahami.

Sebenarnya ada cara baru, Mas senang gambarkan Blue Ocen Strategy, maksudnya, pesaing tak buat lagi, syarikat ini sudah mulakan cara TERBARU, UNIK dan AMAT MENGUNTUNGKAN...

Ketepikan soal HARGA JUAL/BELI, TURUN NAIK..TUNGGU TUNGGU dan TERUS MENUNGGU untuk dapatkan UNTUNG kerana sudah ada SYARIKAT YANG MEMBERIKAN KEUNTUNGAN di saat ANDA MEMBELINYA!!!


Jadi, bagaimana jika ada syarikat yang menawarkan keuntungan sekitar 18% setahun sehingga 24% setahun, TANPA PERLU MENUNGGU hingga BERTAHUN-TAHUN atau HANYA MENGAMBIL MASA BERBULAN-BULAN SAHAJA kita sudah menikmati keuntungan setinggi itu..

JAWAPANNYA....ADA!!!!..tak sabar nak tahu..hubungi Usahawan kami di sini SEGERA!!!

Wednesday, September 26, 2012

Beli Emas Mana Satu?

Banyak orang bertanya dekat Mas bagaimana nak beli emas di pasaran. Ya lah kesedaran sudah timbul untuk menukarkan duit tunai kepada emas, maka nak pilih emas yang macam mana? Emas fizikal (yang mana anda dapat pegang emas tersebut, antaranya jongkong emas atau dalam bentuk syiling atau dinar) atau hanya kertas (dicetak di kertas sahaja)..


Bank
Antara Bank yang menjual emas fizikal Maybank, UOB, Ar Rajhi dan Kuwait Finance.  Maybank memasarkan Kijang Emas yang merupakan syiling emas rasmi Malaysia yang di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Manakala Al Rajhi menjual emas berjenama Pamp Suisse (rujuk sini http://www.alrajhibank.com.my/personal_goldprice.shtml) .


Kijang emas berbentuk syiling, selalunya di bungkus dalam plastik. Namun ada kekangan untuk kita sebagai pembeli,  jika kijang emas kita tu tercalar atau bengkok, Maybank tidak akan membeli balik emas kita. Jadi, jika kita nak gadai, memang tak boleh, sebab proses gadaian akan berkemungkinan emas kita akan tercalar akibat ujian kimia menentukan kesahihahan emas tadi. Ketulinan (purity) adalah 999.9.

Emas Kuwait Finance ketulinannya ialah 995, atau ayat lebih mudah 99.5 peratus adalah emas tulin. Hati-hati, bila beli emas daripada bank ini, anda tidak boleh buka kertas pembukusnya untuk digigit (korang ni suka gigit ya..)....nanti bank tidak terima apabila kita nak jual semula. Itu antara kekurangan...terlepas nak feel sentuh-sentuh emas dia.

Manakala hanya UOB headquarters sahaja mempunyai koleksi jenama emas pelbagai jenis keluaran dari pelbagai negara, sama ada dalam bentuk jongkong seberat 1kg hinggalah kepada syiling emas dan syling peringatan hari bersejarah. Antaranya Canadian Maple Leafs, Singapore Lions, Australian Nuggets. Boleh rujuk di sini http://www1.uob.com.my/business/GMIM/GMIM_precious_metals.html



Kesemua Bank akan menjual mengikut harga pasaran dicampur premium, begitu juga bila kita menjual akan dikira harga ditolak premium. Nanti Mas akan tunjukkan kelebihan dan kekurangan kenapa Mas tidak memilih belian mengikut Bank.

Bank juga menawarkan buku AKAUN EMAS..Gold Passbook sebagai contoh, lebih kurang macam beli saham emas lah jugak, anda tak akan berpeluang untuk mendapatkan emas fizikal, jika ada pun, anda terpaksa bayar kos tambahan untuk menukarkan dari buku akaun ke emas fizikal. Apa pun yang ni boring!!! Sebabnya...tak dapat nak cium2 emas tersebut....lagipun PIDM (insurankan oleh Bank) tak melindungi sepenuhnya/atau sebahagian simpanan dalam bentuk akaun emas atau paper gold ini.


Syarikat Swasta

Dewasa ini, syarikat emas swasta tumbuh bak cendawan. Ini termasuk Genneva Malaysia Sdn Bhd, Public Gold, Kedai Gadaian Islam Ar Rahnu, Nubex, GoldCrest Pavilion dan pelbagai syarikat yang tumbuh setiap hari.

Syarikat swasta yang biasa ini kebanyakkannya menjual dalam pelbagai bentuk, syiling emas yang dipanggil dinar, jongkong emas (gold bar), atau barangan kemas. 

Dinar ini mempunyai banyak saiz dan mempunyai ketulinan hanya 22 karat (916). Selalunya mereka akan minting (tempa) mengikut jenama syarikat mereka sendiri.

Ada juga dinar mengeluarkan syiling emas dinar menggunakan nama negeri seperti Dinar Emas Kelantan (rujuk sini http://dinarkel.com/). Begitu juga antara yang popular seperti World Islamic Mint...kedua syarikat ini popular dengan penerbitan dinar mereka sendiri dari 1/4 dinar, 1/2 dinar hinggalah kepada 1 dinar. Untuk makluman, 1 dinar bersamaan dengan 4.25 gram dan mempunyai 22 karat (916) emas ketulinannya.

Mas pernah mempunyai Dinar Emas Kelantan, di laminate dengan plastik sebesar kad kredit. Amat sesuai untuk mereka yang baru belajar menyimpan emas dan dengan berdikit-dikit menambah simpanan dalam bentuk emas.

Begitu juga dengan jongkong emas 999.9, ada yang mengeluarkan dengan nama syarikat mereka sendiri atau memasarkan keluaran negara asing seperti yang Bank lakukan.

Kesemua di atas akan mempamerkan harga jual beli mereka sendiri seperti di bawah dan akan bertukar setiap hari.








Alamak, wowowowowo.....fenini sekejap bila kita tenguk nombor dan harga macam-macam..apa tu BUY (BELI) apa tu SELL (JUAL)...macam pasaran saham lah pulak nak tengok harga macam-macam...sebab perkara remeh macam nilah menyebabkan ramai antara kita tak mahu memahami.

OK tarik nafas...Mas permudahkan..bila kita nak beli emas dari mereka, kita tenguk dekat SELL (JUAL), itu bermaksud HARGA JUALAN mereka dekat pembeli macam kita. Jadi bila kita nak jual balik sebab nak dapatkan tunai kita balik semula..kita rujuk BUY (BELI)..yakni harga yang syarikat akan beli dekat kita...ha..mudah bukan??

OK untuk orang yang tidak mahu monitor atau mengawal selia..harga esok naik ke turun ke..bila masa nak jual ni supaya dapat untung...ha..yg ni lah banyak client Mas tak mau...sebabnya mudah:-
  1. bila kita beli emas dengan harapan nak untung...tup-tup harga emas jatuh...pegang la lagi emas tu..tak boleh la jual nanti rugi..simpan..tunggu..tunggu..bilalah nak kutip untung..hinggalah harga naik melebihi harga yang kita sudah bayar pada asalnya
  2. bila kita beli emas hari ini, esok lusa..mak ayah datang nak pinjam duit, alamak duit dah dibekukan jadi emas..kalau beli hari ini....nak tunggu melepasi harga BUY dari syarikat..barulah balik modal.

      • Contoh: Harga SELL hari ini yang mana kita beli emas fizikal 100g (ikut harga GCP) ialah RM19,400 dan harga BUYnya ialah RM16,500...ayoyoyoyo..see Mas dah cakap..beli hari ini, esok jual dah rugi RM2,900 (RM19,400-RM16,500)...jadi nak kena tunggu harga BUY melebih RM19,400...baru BALIK MODAL...lepas pada tu baru untung...berapa lama nak tunggu???? Jangan tanya Mas...Mas bukan tok nujum huhuhu..tunggu lah berbulan..bertahun..baru untung..lamanya!
Kedai Emas

Banyak kedai emas popular sekarang ini yang turut menjual jonkong emas antaranya Poh Kong, Habib Jewels, Wah Can, Tomei, Sri Pinang dan tentunya Genneva. Sesetengah dari mereka mengenakan caj tambahan seperti upah pertukangan atau bahasa mudahnya "upah"..jadi harga emas akan dicampur dengan upah yang tiada hadnya.

Jadi mana yang mudah, tidak berisiko tinggi, tanpa perlu berdebar jika harga turun mendadak...Jadi ada syarikat yang menawarkan pembelian emas, beli hari ini mengikut harga GoldBEAM, kemudian..tak perlu risau HARGA NAIK ke atau HARGA TURUN ke....yang pasti dapat keuntungan dari HIBAH yang diperolehi..yehooo...ada...namanya Genneva Malaysia Sdn Bhd.



Mas ni asyik cerita pasal HIBAH ajer...hmmm sabar nanti Mas akan terang lebih lanjut dalam posting akan datang..follow my blog..atau sematkan dalam fikiran..ha!!! anda dah jumpa satu medium yang mana beli emas dan syukur alhamdulillah...tak perlu risau kerugian..TERUS DAPAT UNTUNG!!

Tak sabar nak tahu...call segera sementara promosi hibah ni ada..cepat hubungi usahawan berdaftar kami di sini.

Tuesday, September 25, 2012

Sijil Emas atau Buku Akaun Emas?

Banyak orang bila ingin menyimpan dalam bentuk emas, terus fikirkan cara selamat, maka berurusan lah mereka dengan pihak bank yang menawarkan Buku Akaun Emas (Gold Pass Book) antaranya ditawarkan oleh Public Bank dan Maybank.

Manakala yang lebih malang, akan membeli emas pada kertas atau sijil sahaja, persoalan yang perlu di tanya dalam diri

Adakah anda memiliki Emas Maya/Paper Gold/Virtual Gold atau

anda memiliki Emas secara fizikal

  Skim emas maya atau emas yang hanya bercetak di kertas ini hanyalah sekeping kertas yang menggantikan kepada emas fizikal..di ulang..hanya sekeping kertas.


Contoh kategori emas kertas ini seperti passbook gold accounts, pool accounts, futures accounts and yang terkenal seperti ETF  atau exchange-traded funds.

Antara yang popular yang ingin saya nyatakan,

Maybank - Gold Investment Account

HARGA BELIAN

- Harga se gram di saat saya membeli adalah harga SELL yang di tawarkan di saat kita membuat pesanan belian. Harga tersebut adalah tertakluk keseluruhannya atas kehendak bank berdasarkan faktor yang relevan termasuk harga emas dunia dan tempatan, kadar tukaran wang asing antara USD dan RM and ketulinan emas. 

- Bank tidak akan berada di bawah apa-apa kewajipan dan / atau liabiliti dalam apa-apa hal keadaan sesuai mengetepikan ditetapkan dan / atau memperuntukkan apa-apa emas untuk masa ini dari semasa ke semasa yang dipegang oleh Bank kepada saya dan / atau mana-mana Maybank Gold Investment Account saya dan saya tiada hak dan pada masa yang singkat berhak kepada permintaan 

atau lebih tepat Mas nak cakap kat sini..jika kita tak memegangnya secara fizikal, kita tidak memiliki emas tersebut, hanya ada tulisan dan angka sahaja tercatat dalam buku akaun tersebut.



Oleh itu, kita hanya akan mendapat keuntungan apabila harga emas tersebut meningkat sahaja. Jika harga turun, maka kita akan kerugian ler...lagipun kita tidak mendapat apa-apa dividen atau faedah dari simpanan di dalam akaun passbook ini dan lebih menyayat hati, simpanan kita tidak dilindungi oleh PIDM - Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)." — sumber dari : The Edge, http://www.theedgemalaysia.com/personal-finance/195378-gold-investment-accounts-revisited.html

Persoalan akhirnya, selamat kah duit kita bila menukarkan emas dalam bentuk Gold Passbook Account atau Buku Akaun Emas anda...tepuk dada dan tepuk dahi..kan Mas sudah jelaskan..simpan atau beli dalam bentuk fizikal lebih menguntungkan!
  

Monday, September 24, 2012

Emas Genneva ke tu?

Alhamdulillah, baru balik dari pejabat pos untuk penghantaran barang kepada customer. Ada yang order barangan tanduk (sikat rambut tanduk yang semakin hari semakin banyak jualannya - rezeki dari alam). Seronok bekerja dari rumah..tak perlu fikir tentang traffic jem, mengadap muka bos dan fikir lagi tentang trafik jem bila balik rumah...

Tak salah bekerja, tapi luangkan sedikit masa bagaimana nak tambah pendapatan sambil kita bekerja...dan tentunya yang tidak mengambil masa kita yang banyak...

Tetiba ada ada sahabat minta bacakan berita yang dipaparkan di Harian Metro (Sabtu - 22/09/2012) atau linknya di sini http://www.hmetro.com.my/articles/RugiRM10bilion/Article, lalu bertubi-tubi mesej whatsapp di hantar ke handphone saya...kebetulan saya baru juga membeli akhbar Harian Metro.

Rupanya mereka nak saya baca tentang Emas yang ada kaitan dengan Genneva.



Sebenarnya BUKAN!! BUKAN GENNEVA MALAYSIA SDN BHD, akhbar ni kalau dibaca oleh pembeli emas Genneva akan terkejut dan boleh menyebabkan mereka lemah jantung huhuhuhu. Macam yang saya katakan tadi...gimik surat khabar untuk melariskan jualan mereka. Mana taknya, perkataan negara Geneva dengan Syarikat Genneva...hampir sama kan? 

Untuk pengetahuan umum, syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd (GMSB) berpusat di Malaysia, beralamat di Kuchai, Kuala Lumpur. Sehingga hari ini terdapat 11 cawangan dan wakil di seluruh negeri di Malaysia, antaranya:-
  • Penang
  • Perak
  • Selangor
  • Melaka
  • Johor
  • Sabah
  • Sarawak
  • Alor Setar
  • Sitiawan
  • Seremban
  • Sibu
Manakala syarikat GMSB telah melebarkan sayapnya ke luar negara antaranya
Jika di lihat dari sudut perkembangan, pembangunan dan kemajuan syarikat GMSB, tidak hairan akan menawan negara-negara asia tidak lama lagi.

Berbalik semula dengan cerita di Harian Metro, mudah sahaja, tanyalah pakcik Google




Jadi sudah nampak tak, di atas adalah sebahagian daripada syarikat pelaburan emas, yang mana pendeposit menerima pulangan tinggi sehingga 10% -15% sebulan, ia umpama kita membeli saham emas juga...dan kita tidak memiliki atau memegang emas fizikal di tangan.

Pada yang sukakan risiko dan tidak kisah tentang kemungkinan yang menakutkan bakal di hadapi...High risk and high return, cuma setakat mana risiko yang sanggup di pegang oleh pelabur, terpulang mengikut selera masing-masing yang selalu kita termakan sebagai "risk appetite". Keuntungan tinggi dan risiko tentulah tinggi. Bayangkan jika kita tidak mempunyai kawalan ke atas duit yang telah kita laburkan itu? Bayangkan juga 2 perkara ini:-

  • Sekatan akses kepada laman web tersebut di Malaysia? Terpaksalah pelabur ini ke negara jiran untuk mengeluarkan duit mereka, itu pun jika semudah itu...ataupun
  • Server di negara Panama tersebut di tutup? Ini bermakna duit anda terus "shut-down" macam server mereka juga..alamak!!! termenung lah kita 7 hari 7 malam sambil meletakkan tangan di dahi...waktu itu...menyesal tak dengar cakap Mas..huhuhu (gaya menangis dalam hati)
Jadi perkongsian Mas nak kongsikan sedikit ialah...jika kawalan ke atas duit kita hampir tiada, bermakna anda perlu bersedia kehilangan wang bila-bila masa.

Di sini, Mas ingin berkongsi GMSB merupakan syarikat jual-beli emas biasa sahaja atau lebih mudah faham..KEDAI EMAS.... BUKAN SYARIKAT PELABURAN yang anda gambarkan. Kita beli emas ikut harga harian di sini, Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia atau Gold Bullion Entepreneour Association of Malaysia (Gold BEAM)..di website www.goldbeam.org.my

Maksudnya, beli emas..dapat lah emas jongkong macam ni..dan setiap bulan dapat lagi HIBAH....ha apa tu HIBAH pula ni Mas....nanti Mas akan tunjukkan cara keuntungannya melalui hadiah yang diberikan oleh syarikat GMSB...walaupun tidak dijanjikan oleh syarikat...tetapi syarikat GMSB sentiasa baik hati bagi hibah tiap-tiap bulan...never fail!!!...eee bestnya!


 
Kalau di luar sana, kedai-kedai emas bertaburan di pasaraya...ha! samalah tu..bayar duit, dapat emas..bezanya...(tunggu!!! Mas akan ceritakan...tentulah di sini lebih kebaikan)...follow me!!!

Salah satu cawangan Kedai Emas Genneva:-



Pada yang tak sabar, cari no telefon kami atau usahawan yang berdaftar di web kedai-maserra ni...tanya mereka!!!!

Tuesday, September 04, 2012

Simpan Tunai, Beli Insurans / Mutual Fund atau Beli Emas; yang mana TERBAIK?

Saya ingin berkongsi bagaimana kita dapat membuat sesuatu dengan duit simpanan kita.


Simpan di Bank
Banyak orang berkata, simpan dalam ASB/ASN lah, senang tak perlu nak risau. Atau dalam fixed deposit (yang ini tidak sesuai untuk muslim). Lets bank take care of your money, hujung tahun dapat dividen 7%-8% per year its good enough. For all you know, you should be paid more. If you understand, how banking works, how corporate take care the editor of newspaper, any complain on the return of your money, mestilah di tapis oleh editor..and accidently they appeared billion of ringgit keuntungan mereka, how on earth they cannot pay us more than 10%? Sebabnya, overhead cost bank for next year, nak bayar fee or entertainment main golf dengan big shot client, bayar untuk pekerja pergi travel overseas as a reward, advertising bla-bla-bla...ooops! bocor sudaaa....now anda dah mula faham kenapa bank tak dapat beri anda pulangan tinggi beside the fact that they earned more from duit yg kita simpan di situ?

Jadi, yang mana lebih baik? Urus duit sendiri atau biar orang lain urus wang ada (simpan di bank)? Bukan alasan tidak ada masa, tapi alasannya, ilmu...anda tidak di dedahkan cara mudah...selalu didedahkan bagaimana kompleksnya nak simpan duit banyak-banyak tu...sebab bila dah banyak, bawah bantal pun bocor atau tidak selamat. PERSOALANNYA, kenapa masih berfikiran hendak simpan duit tunai.

Beli Rumah

Ada orang kata, simpan dalam bentuk kekal iaitu dengan membeli hartanah, iaitu beli rumah dan sewa rumah tersebut....duit itu kita gunakan bayar deposit rumah, untuk beli rumah sebagainya...yang ini saya bincangkan di keluaran akan datang kerana ia tidak secair anda membeli emas. Risiko beli rumah, ada....rumah tak siap, rumah terbengkalai, rumah lambat siap...semua pengalaman itu sudah saya lalui. Bila sudah siap, hendak sewa, hmmmmm anda akan berdepan dengan penghuni dari neraka...huhuhu kenapa? Mereka yg suka duduk dan tak mahu bayar sewa...atau tinggalkan bil air/elektrik yang anda tak terjangka.Jadi di sini ilmu silat perlu ada, yelah..nak halau ingat boleh dengan ayat sopan santun ke? We have been there, done that!

Insurans
Ada pula kawan saya, dia diversified ke insurans, kononnya Investment or Saving for future...yang ni memang saya tidak setuju. Sampai satu tahap, kami anggap, berurusan dengan agen atau syarikat insurans adalah satu TRAUMA....anda faham...maksudnya lebih menakutkan dari bad experience...TRAUMA apa tu? jika anda kemalangan jalan raya, anda akan mengalami trauma yang sangat dasyat sampai tak boleh kita lupa sampai bila-bila. Saya tidak akan berkongsi episod TRAUMA tersebut dalam hidup kami dengan insurans tetapi baca yang seterusnya lebih relevan yang ingin saya sampaikan.

Kenapa saya kata insurans tidak sesuai, majority smart people they dont opt for insurans..bayangkan anda bayar RM150 sebulan setiap bulan..tak boleh gagal, dan mengharapkan pulangan melalui:-

1) penderitaan yang akan dilalui...baru boleh claim...tak pun tunggu anda mati baru pewaris anda boleh enjoy duit tu...anda..enjoy dalam kubur? (jangan gelak..sebab bila bab ini ramai kawan saya baru tersedar)
2) tempoh matang - ayat ni memang classy, sanggup anda tunggu 15 atau hingga 25 tahun baru nak enjoy duit anda sendiri hasil pulangan dari insurans tu?

Sebagai contoh diri saya sendiri, mengambil insurans p**investment link dengan pembayaran minima RM150, selama 8 tahun saya, bila TRAUMA terjadi, saya stop insurans dan ingin menuntut kembali wang saya, apa yg saya dapat lebih kurang dalam RM8500 sahaja.

Bayangkan saya sudah membayar RM150 x 12 bulan x 8 tahun, saya sudah membayar sebanyak RM14,400 dan saya dapat balik RM8500 walaupun 1 sen pun, diulang 1 sen pun saya tak pernah claim dari insurans.

Bandingkan dengan jumlah yang sama, waktu itu jika saya mengambil pinjaman ASB, RM150 sebulan tersebut boleh ambil pinjaman ASB untuk principal RM20,000 untuk 25 tahun...berapa banyak yang saya boleh dapat jika saya mengambil ASB Loan?

Andaian konservatif hanya dividen 8% setahun, selama 8 tahun...
RM20,000 x 8% x 8 tahun: RM12,800, itu belum kira jika saya tak keluarkan duit tersebut dan mendapat compaund interest, maka saya masih dapat lebih dan jika saya jual balik pada tahun ke 8, rasa-rasa saya akan dapat lagi dalam RM3000 atau RM4000 principal yang saya sudah bayar.

Jelas tak kenapa, walaupun insurans berTOPENGKAN pelaburan ke simpanan ke apa jua nama, jika terselit perkataan insurans....ANDA TIDAK AKAN UNTUNG...kan prinsip insurans jelas, anda tidak boleh membuat keuntungan dari apa yg anda bayar.

Mutual Fund


Begitu juga dengan mutual fund, risiko kehilangan principal, maksudnya, jika anda simpan RM1000, simpanan bersih anda bermula bukan dengan angka RM1000 sebab ada management fee yang dikenakan (yelah nak bayar gaji, fee agendi dsb), begitu juga turun naik harga walaupun weighted average applied, bermakna anda simpan lah secara berkala dan berkonsisten....huhuhuh...akhirnya bila kira untuk setahun, dapat masih tak sebanyak ASB....rendah lah tu pulangan maksudnya.

Jadi bagaimana kita nak dapat lebih dari 8%, tunggulah que beli saham Bank Rakyat yang boleh berikan pulangan 15%-20% setahun, itupun boleh dapat antara RM500 hingga RM1000 kemudian que lagi, tunggu lagi 3-4 tahun....lambat!

Jadi yang mana TERBAIK?
Saya bukan berkongsi cara melabur,tetapi bagaimana untuk membuat duit anda sendiri bekerja lebih kuat untuk anda....pada yang masih ragu-ragu, simpanlah dalam bank....tak payahlah nak fikir banyak, stay the way you are...jgn fikir pasal risiko....hiduplah macam orang biasa-biasa.

Tujuan saya berkongsi adalah UNTUK MEMPERCEPATKAN, accelerate atau money velocity rules yang mana pecutan gandaan wang yang anda miliki dapat digandakan dengan cepat berbanding dengan kaedah biasa...mahu tak tahu caranya?  Sabar...baca selanjutnya.

Saya ingin berkongsi, bila mana kesedaran saya timbul tentang kebaikan menyimpan dalam bentuk emas. Kalau orang dulu-dulu belikan barangan kemas untuk diri sendiri atau anak-anak sebagai alat menyimpan, bagaimana yang mereka yang tiada anak perempuan atau yang tidak minat untuk memakai barangan kemas ala-mami jarum...maka sebenarnya kita ada pilihan lain iaitu jongkong emas.


Saya akan kongsi langkah demi langkah bagaimana saya melakukannya.  Tunggu dan nantikan posting saya selanjutnya.

Sunday, September 02, 2012

Simpan dalam bentuk EMAS, bukannya TUNAI!

Sebelum saya berkongsi kesedaran kepentingan menukarkan Tunai kepada Emas, saya ingin kita sama-sama tuning kepada pemikiran yang sama. Saya sajikan anda dengan video ini, saya rasa ianya tepat menggambarkan KENAPA EMAS...WHY NOT CASH? 


Itulah yang saya ingin tunjukkan, pegangan duit tunai, atau fiat currency kita semakin hari semakin susut. Biar saya meyelami kehidupan kita yang pernah membonceng motosikal, sekali kita mengisi minyak, dahulunya RM3 sudah penuh tangki, sekarang RM5 pun belum tentu. Begitu juga pada yang sudah berkeluarga, untuk kita mambayar satu troli barangan di pasar (jika sebulan sekali membeli stok), duit RM300 pun rasa tak cukup berbanding dua tahun dulu, RM150 pun sudah penuh satu troli.

Saya berkongsi cerita tentang sahabat saya, setelah mendengar penerangan saya 3 tahun lalu,memulakan dengan membuka simpanan Tabung Haji untuk anaknya yang baru lahir. Almaklum, ramai saudara mara, kenalan dan keluarga memberi duit kepada anak tersebut...maka bermulalah episod simpanan untuk bayi tersebut. Dengan harapan, di usianya menjangkau umur 23 tahun selepas tamat belajar di universiti dapat mengerjakan haji...bayangkan lebih 20 tahun lagi. Jika sekarang, kos untuk mengerjakan haji, pakej minimum sekitar RM11 atau RM12 ribu, bayangkan 20 tahun akan datang...anda rasa harga pakejnya tetap sama,atau naik cuma 10-20% sahaja.... Berkemungkinan besar waktu itu pakej minimum ialah RM20 ribu...itu tidak mustahil kerana kos hotel/penginapan di Mekah sentiasa naik setiap tahun, belum lagi di kira kos penerbangan akibat kenaikan kos bahan api...masyaAllah saya bukan ingin menakutkan anda,tapi ingin kita sama-sama merancang..sekurang2nya, duit yg kita simpan hari ini di saat tiba masanya anak tersebut ingin menggunakan, NILAI DUIT NYA MASIH SAMA!!!!!!

Inilah bahasa mudah yang selalu di complicated oleh bahasa orang putih, Hedging against inflation...maksudnya, penurunan duit fiat kita akan turun disebabkan harga persekitaran kita melonjak tinggi. Macammana nak kejar kenaikan inflasi? Mogok minta gaji lebih? Buat part time? (persoalan, adakah antara kita ni ada ke  "time"???, last sekali no time)....peluang apa yang ada untuk kita setaraf dengan kenaikan inflasi? Maksud saya di sini, harta iaitu duit yg kita ada, jika di simpan di bank, nilainya setiap tahun akan turun, dapat 8% setahun, inflasinya 3-4% setahun....erk...erk...macam orang simpan fixed deposit ajalahkan....hmmm...ada solusinya..nanti saya jelaskan dalam posting seterusnya...follow me ok!