Wednesday, September 26, 2012

Beli Emas Mana Satu?

Banyak orang bertanya dekat Mas bagaimana nak beli emas di pasaran. Ya lah kesedaran sudah timbul untuk menukarkan duit tunai kepada emas, maka nak pilih emas yang macam mana? Emas fizikal (yang mana anda dapat pegang emas tersebut, antaranya jongkong emas atau dalam bentuk syiling atau dinar) atau hanya kertas (dicetak di kertas sahaja)..


Bank
Antara Bank yang menjual emas fizikal Maybank, UOB, Ar Rajhi dan Kuwait Finance.  Maybank memasarkan Kijang Emas yang merupakan syiling emas rasmi Malaysia yang di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Manakala Al Rajhi menjual emas berjenama Pamp Suisse (rujuk sini http://www.alrajhibank.com.my/personal_goldprice.shtml) .


Kijang emas berbentuk syiling, selalunya di bungkus dalam plastik. Namun ada kekangan untuk kita sebagai pembeli,  jika kijang emas kita tu tercalar atau bengkok, Maybank tidak akan membeli balik emas kita. Jadi, jika kita nak gadai, memang tak boleh, sebab proses gadaian akan berkemungkinan emas kita akan tercalar akibat ujian kimia menentukan kesahihahan emas tadi. Ketulinan (purity) adalah 999.9.

Emas Kuwait Finance ketulinannya ialah 995, atau ayat lebih mudah 99.5 peratus adalah emas tulin. Hati-hati, bila beli emas daripada bank ini, anda tidak boleh buka kertas pembukusnya untuk digigit (korang ni suka gigit ya..)....nanti bank tidak terima apabila kita nak jual semula. Itu antara kekurangan...terlepas nak feel sentuh-sentuh emas dia.

Manakala hanya UOB headquarters sahaja mempunyai koleksi jenama emas pelbagai jenis keluaran dari pelbagai negara, sama ada dalam bentuk jongkong seberat 1kg hinggalah kepada syiling emas dan syling peringatan hari bersejarah. Antaranya Canadian Maple Leafs, Singapore Lions, Australian Nuggets. Boleh rujuk di sini http://www1.uob.com.my/business/GMIM/GMIM_precious_metals.html



Kesemua Bank akan menjual mengikut harga pasaran dicampur premium, begitu juga bila kita menjual akan dikira harga ditolak premium. Nanti Mas akan tunjukkan kelebihan dan kekurangan kenapa Mas tidak memilih belian mengikut Bank.

Bank juga menawarkan buku AKAUN EMAS..Gold Passbook sebagai contoh, lebih kurang macam beli saham emas lah jugak, anda tak akan berpeluang untuk mendapatkan emas fizikal, jika ada pun, anda terpaksa bayar kos tambahan untuk menukarkan dari buku akaun ke emas fizikal. Apa pun yang ni boring!!! Sebabnya...tak dapat nak cium2 emas tersebut....lagipun PIDM (insurankan oleh Bank) tak melindungi sepenuhnya/atau sebahagian simpanan dalam bentuk akaun emas atau paper gold ini.


Syarikat Swasta

Dewasa ini, syarikat emas swasta tumbuh bak cendawan. Ini termasuk Genneva Malaysia Sdn Bhd, Public Gold, Kedai Gadaian Islam Ar Rahnu, Nubex, GoldCrest Pavilion dan pelbagai syarikat yang tumbuh setiap hari.

Syarikat swasta yang biasa ini kebanyakkannya menjual dalam pelbagai bentuk, syiling emas yang dipanggil dinar, jongkong emas (gold bar), atau barangan kemas. 

Dinar ini mempunyai banyak saiz dan mempunyai ketulinan hanya 22 karat (916). Selalunya mereka akan minting (tempa) mengikut jenama syarikat mereka sendiri.

Ada juga dinar mengeluarkan syiling emas dinar menggunakan nama negeri seperti Dinar Emas Kelantan (rujuk sini http://dinarkel.com/). Begitu juga antara yang popular seperti World Islamic Mint...kedua syarikat ini popular dengan penerbitan dinar mereka sendiri dari 1/4 dinar, 1/2 dinar hinggalah kepada 1 dinar. Untuk makluman, 1 dinar bersamaan dengan 4.25 gram dan mempunyai 22 karat (916) emas ketulinannya.

Mas pernah mempunyai Dinar Emas Kelantan, di laminate dengan plastik sebesar kad kredit. Amat sesuai untuk mereka yang baru belajar menyimpan emas dan dengan berdikit-dikit menambah simpanan dalam bentuk emas.

Begitu juga dengan jongkong emas 999.9, ada yang mengeluarkan dengan nama syarikat mereka sendiri atau memasarkan keluaran negara asing seperti yang Bank lakukan.

Kesemua di atas akan mempamerkan harga jual beli mereka sendiri seperti di bawah dan akan bertukar setiap hari.








Alamak, wowowowowo.....fenini sekejap bila kita tenguk nombor dan harga macam-macam..apa tu BUY (BELI) apa tu SELL (JUAL)...macam pasaran saham lah pulak nak tengok harga macam-macam...sebab perkara remeh macam nilah menyebabkan ramai antara kita tak mahu memahami.

OK tarik nafas...Mas permudahkan..bila kita nak beli emas dari mereka, kita tenguk dekat SELL (JUAL), itu bermaksud HARGA JUALAN mereka dekat pembeli macam kita. Jadi bila kita nak jual balik sebab nak dapatkan tunai kita balik semula..kita rujuk BUY (BELI)..yakni harga yang syarikat akan beli dekat kita...ha..mudah bukan??

OK untuk orang yang tidak mahu monitor atau mengawal selia..harga esok naik ke turun ke..bila masa nak jual ni supaya dapat untung...ha..yg ni lah banyak client Mas tak mau...sebabnya mudah:-
  1. bila kita beli emas dengan harapan nak untung...tup-tup harga emas jatuh...pegang la lagi emas tu..tak boleh la jual nanti rugi..simpan..tunggu..tunggu..bilalah nak kutip untung..hinggalah harga naik melebihi harga yang kita sudah bayar pada asalnya
  2. bila kita beli emas hari ini, esok lusa..mak ayah datang nak pinjam duit, alamak duit dah dibekukan jadi emas..kalau beli hari ini....nak tunggu melepasi harga BUY dari syarikat..barulah balik modal.

      • Contoh: Harga SELL hari ini yang mana kita beli emas fizikal 100g (ikut harga GCP) ialah RM19,400 dan harga BUYnya ialah RM16,500...ayoyoyoyo..see Mas dah cakap..beli hari ini, esok jual dah rugi RM2,900 (RM19,400-RM16,500)...jadi nak kena tunggu harga BUY melebih RM19,400...baru BALIK MODAL...lepas pada tu baru untung...berapa lama nak tunggu???? Jangan tanya Mas...Mas bukan tok nujum huhuhu..tunggu lah berbulan..bertahun..baru untung..lamanya!
Kedai Emas

Banyak kedai emas popular sekarang ini yang turut menjual jonkong emas antaranya Poh Kong, Habib Jewels, Wah Can, Tomei, Sri Pinang dan tentunya Genneva. Sesetengah dari mereka mengenakan caj tambahan seperti upah pertukangan atau bahasa mudahnya "upah"..jadi harga emas akan dicampur dengan upah yang tiada hadnya.

Jadi mana yang mudah, tidak berisiko tinggi, tanpa perlu berdebar jika harga turun mendadak...Jadi ada syarikat yang menawarkan pembelian emas, beli hari ini mengikut harga GoldBEAM, kemudian..tak perlu risau HARGA NAIK ke atau HARGA TURUN ke....yang pasti dapat keuntungan dari HIBAH yang diperolehi..yehooo...ada...namanya Genneva Malaysia Sdn Bhd.



Mas ni asyik cerita pasal HIBAH ajer...hmmm sabar nanti Mas akan terang lebih lanjut dalam posting akan datang..follow my blog..atau sematkan dalam fikiran..ha!!! anda dah jumpa satu medium yang mana beli emas dan syukur alhamdulillah...tak perlu risau kerugian..TERUS DAPAT UNTUNG!!

Tak sabar nak tahu...call segera sementara promosi hibah ni ada..cepat hubungi usahawan berdaftar kami di sini.

No comments: