Tuesday, September 04, 2012

Simpan Tunai, Beli Insurans / Mutual Fund atau Beli Emas; yang mana TERBAIK?

Saya ingin berkongsi bagaimana kita dapat membuat sesuatu dengan duit simpanan kita.


Simpan di Bank
Banyak orang berkata, simpan dalam ASB/ASN lah, senang tak perlu nak risau. Atau dalam fixed deposit (yang ini tidak sesuai untuk muslim). Lets bank take care of your money, hujung tahun dapat dividen 7%-8% per year its good enough. For all you know, you should be paid more. If you understand, how banking works, how corporate take care the editor of newspaper, any complain on the return of your money, mestilah di tapis oleh editor..and accidently they appeared billion of ringgit keuntungan mereka, how on earth they cannot pay us more than 10%? Sebabnya, overhead cost bank for next year, nak bayar fee or entertainment main golf dengan big shot client, bayar untuk pekerja pergi travel overseas as a reward, advertising bla-bla-bla...ooops! bocor sudaaa....now anda dah mula faham kenapa bank tak dapat beri anda pulangan tinggi beside the fact that they earned more from duit yg kita simpan di situ?

Jadi, yang mana lebih baik? Urus duit sendiri atau biar orang lain urus wang ada (simpan di bank)? Bukan alasan tidak ada masa, tapi alasannya, ilmu...anda tidak di dedahkan cara mudah...selalu didedahkan bagaimana kompleksnya nak simpan duit banyak-banyak tu...sebab bila dah banyak, bawah bantal pun bocor atau tidak selamat. PERSOALANNYA, kenapa masih berfikiran hendak simpan duit tunai.

Beli Rumah

Ada orang kata, simpan dalam bentuk kekal iaitu dengan membeli hartanah, iaitu beli rumah dan sewa rumah tersebut....duit itu kita gunakan bayar deposit rumah, untuk beli rumah sebagainya...yang ini saya bincangkan di keluaran akan datang kerana ia tidak secair anda membeli emas. Risiko beli rumah, ada....rumah tak siap, rumah terbengkalai, rumah lambat siap...semua pengalaman itu sudah saya lalui. Bila sudah siap, hendak sewa, hmmmmm anda akan berdepan dengan penghuni dari neraka...huhuhu kenapa? Mereka yg suka duduk dan tak mahu bayar sewa...atau tinggalkan bil air/elektrik yang anda tak terjangka.Jadi di sini ilmu silat perlu ada, yelah..nak halau ingat boleh dengan ayat sopan santun ke? We have been there, done that!

Insurans
Ada pula kawan saya, dia diversified ke insurans, kononnya Investment or Saving for future...yang ni memang saya tidak setuju. Sampai satu tahap, kami anggap, berurusan dengan agen atau syarikat insurans adalah satu TRAUMA....anda faham...maksudnya lebih menakutkan dari bad experience...TRAUMA apa tu? jika anda kemalangan jalan raya, anda akan mengalami trauma yang sangat dasyat sampai tak boleh kita lupa sampai bila-bila. Saya tidak akan berkongsi episod TRAUMA tersebut dalam hidup kami dengan insurans tetapi baca yang seterusnya lebih relevan yang ingin saya sampaikan.

Kenapa saya kata insurans tidak sesuai, majority smart people they dont opt for insurans..bayangkan anda bayar RM150 sebulan setiap bulan..tak boleh gagal, dan mengharapkan pulangan melalui:-

1) penderitaan yang akan dilalui...baru boleh claim...tak pun tunggu anda mati baru pewaris anda boleh enjoy duit tu...anda..enjoy dalam kubur? (jangan gelak..sebab bila bab ini ramai kawan saya baru tersedar)
2) tempoh matang - ayat ni memang classy, sanggup anda tunggu 15 atau hingga 25 tahun baru nak enjoy duit anda sendiri hasil pulangan dari insurans tu?

Sebagai contoh diri saya sendiri, mengambil insurans p**investment link dengan pembayaran minima RM150, selama 8 tahun saya, bila TRAUMA terjadi, saya stop insurans dan ingin menuntut kembali wang saya, apa yg saya dapat lebih kurang dalam RM8500 sahaja.

Bayangkan saya sudah membayar RM150 x 12 bulan x 8 tahun, saya sudah membayar sebanyak RM14,400 dan saya dapat balik RM8500 walaupun 1 sen pun, diulang 1 sen pun saya tak pernah claim dari insurans.

Bandingkan dengan jumlah yang sama, waktu itu jika saya mengambil pinjaman ASB, RM150 sebulan tersebut boleh ambil pinjaman ASB untuk principal RM20,000 untuk 25 tahun...berapa banyak yang saya boleh dapat jika saya mengambil ASB Loan?

Andaian konservatif hanya dividen 8% setahun, selama 8 tahun...
RM20,000 x 8% x 8 tahun: RM12,800, itu belum kira jika saya tak keluarkan duit tersebut dan mendapat compaund interest, maka saya masih dapat lebih dan jika saya jual balik pada tahun ke 8, rasa-rasa saya akan dapat lagi dalam RM3000 atau RM4000 principal yang saya sudah bayar.

Jelas tak kenapa, walaupun insurans berTOPENGKAN pelaburan ke simpanan ke apa jua nama, jika terselit perkataan insurans....ANDA TIDAK AKAN UNTUNG...kan prinsip insurans jelas, anda tidak boleh membuat keuntungan dari apa yg anda bayar.

Mutual Fund


Begitu juga dengan mutual fund, risiko kehilangan principal, maksudnya, jika anda simpan RM1000, simpanan bersih anda bermula bukan dengan angka RM1000 sebab ada management fee yang dikenakan (yelah nak bayar gaji, fee agendi dsb), begitu juga turun naik harga walaupun weighted average applied, bermakna anda simpan lah secara berkala dan berkonsisten....huhuhuh...akhirnya bila kira untuk setahun, dapat masih tak sebanyak ASB....rendah lah tu pulangan maksudnya.

Jadi bagaimana kita nak dapat lebih dari 8%, tunggulah que beli saham Bank Rakyat yang boleh berikan pulangan 15%-20% setahun, itupun boleh dapat antara RM500 hingga RM1000 kemudian que lagi, tunggu lagi 3-4 tahun....lambat!

Jadi yang mana TERBAIK?
Saya bukan berkongsi cara melabur,tetapi bagaimana untuk membuat duit anda sendiri bekerja lebih kuat untuk anda....pada yang masih ragu-ragu, simpanlah dalam bank....tak payahlah nak fikir banyak, stay the way you are...jgn fikir pasal risiko....hiduplah macam orang biasa-biasa.

Tujuan saya berkongsi adalah UNTUK MEMPERCEPATKAN, accelerate atau money velocity rules yang mana pecutan gandaan wang yang anda miliki dapat digandakan dengan cepat berbanding dengan kaedah biasa...mahu tak tahu caranya?  Sabar...baca selanjutnya.

Saya ingin berkongsi, bila mana kesedaran saya timbul tentang kebaikan menyimpan dalam bentuk emas. Kalau orang dulu-dulu belikan barangan kemas untuk diri sendiri atau anak-anak sebagai alat menyimpan, bagaimana yang mereka yang tiada anak perempuan atau yang tidak minat untuk memakai barangan kemas ala-mami jarum...maka sebenarnya kita ada pilihan lain iaitu jongkong emas.


Saya akan kongsi langkah demi langkah bagaimana saya melakukannya.  Tunggu dan nantikan posting saya selanjutnya.

6 comments:

Hamba Allah (saviour prince ) said...

lepas beli emas leh beli aper yg kita suka hehehehe :D

CIKGU FAISUL said...

Sokong....100%
Dah dapat baru tau maaaa... berbaloi2.

jasmine soh said...

saya tak setuju. memang betul insurance you kena maintain untuk every month. tapi dia ada maturity age. kalau you stop sampai 8 tahun memang la you akan dapat RM8500.

Mas Erra said...

Dear Jasmine soh,

Am not comparing apple to apple, but money worth to money gain. Bila kita invest in something, kita tengok balik ROI kita, if 8 tahun kita divert our investment to Gold or ASB, pulangan nya adalah lebih tinggi.
Cuba pandang di sekeliling kita, Unit Trust agen atau Insurans Agen, siapa kaya? Pelanggan atau Agen yang akan kaya?

aL ToNy said...

Insurans atau takaful diri adalah protection. Ada pecahan yang mana sebahagian sumbangan akan di masukkan ke dalam tabung perlindungan.

Cuba awak bayangkan, lepas baru 1 tahun, awak dapat pampasan 100,000, tapi bayar baru berapa RM jer, tentu awak happy. Siapa yang bayar duit awak tuh, ia adalah sebahagian duit dari orang lain yang menyumbang kepada tabung insurans/takaful tersebut. Dalam kes awak, sebahagian awak disumbangkan untuk kegunaan orang lain. Kalau awak ambil pelan takaful, bukankah awak telah membuat amal kerana telah menderma.

Adakah awak akan komplen dapat duit tersebut ?

Beli insurans kereta setiap tahun, lepas 8 tahun, awak rasa dapat cash dari pihak insurans kereta ?

Mungkin agent yang tidak menerangkan sebetul2nya sebelum ambil insurans

camunsif said...

As salam... mmg betul kata puan pasal insuran tu. Dan saya pasti puan mesti lagi arif pasal kewangan dari saya yg puan x boleh bandingkan insuran dengan mutual fund, asb atau emas.

Asb, mutual fund dan emas mmg tempat buat duit dan insuran pulak untuk protection. Kalau puan masuk hospital contohnya, saya pasti pihak hospital akan tanya puan ada insuran apa bukan nya simpanan asb puan atau fund mana yg puan invest di unit trust.

Apa2 pun kita ada pandangan masing2, x salah puan info puan ni.. cuma kurang tepat..

Minta maaf kalau terkasar bahasa..
Tq