Sunday, November 03, 2013

Stokke Xplory V3 Stroller

Setelah lama tidak memerhati perkembangan stroller, almaklum anak kedua sudah memasuki umur 6 tahun. Kini kelahiran Dhia Safiya membuatkan saya mencari stroller terbaik untuk anak ketiga saya.

Dahulu, di saat kami hidup biasa-biasa, inilah pelaburan yang besar dalam memiliki peralatan untuk anak-anak. Rule pertama, perlu ringan dan ringkas serta tidak mengambil ruang yang besar untuk dimuatkan bersama bagasi di dalam kereta.

Bermula dengan Combi, kemudian di tambah dengan ketahanan JIVE dari Mothercare memikat hati. Cuma dahulunya tayar Combi agak kecil dan tidak sesuai untuk jalan raya (hanya sesuai di shopping complex), manakala JIVE hanya sesuai untuk bayi yang sudah besar.

Keduanya banyak bersama, anda sungguh benar, barang berharga tentunya memiliki harga "resale" value yang baik untuk dijual semula. Alhamdulillah, COMBI sudah selamat terjual apabila ianya sudah tamat khidmat dengan kami.

Sekarang ni Mas tengah meminati dan mengintai yang terbaik di pasaran, cuma di Malaysia, ia amat susah untuk diperolehi..STOKKE XPLORY..

 
Pelbagai variasi, warna dan posisi pilihan, sudah tentunya amat mengagumkan sekali.





Boleh di beli secara standard stroller atau berasingan/bersama dengan  CarryCoat (gambar yang dibawah-sesuai untuk bayi baru lahir)

Dan yang paling best, ianya boleh diubah suai dengan peralatan tambahan untuk di letakkan Maxi-Cosy Car seat di atasnya!


Saksikan kecanggihan yang ada di Stokke Xplory, cair hati mesti nak beli satu untuk Dhia Safiya kan...huhuhuhu sudah tentu..stroller terbaik untuk pelbagai kegunaaan dan variasi bagi tahun 2013/2014 ini.

Alhamdulillah, Mas sedang berusaha untuk dapat memasarkan produk Stokke Xplory disini secara kecil-kecilan. Harga nya akan ditentukan kemudian..jom pre-order dulu dengan Mas.

Harga Pasaran: RM4,699 (tanpa Carrycoat - standard stroller only)
Harga Kedai-maserra tawarkan: RM3,900 (tanpa Carrycoat)
Harga Kedai-maserra tawarkan: RM4,900 (berserta Carrycoat)

Jaminan: 1 tahun
Deposit: approximately 50% from purchase price.
Delivery Period: 1 bulan dari tarikh Deposit dibayarkan.

Thursday, April 25, 2013

Furby Go Dating

When Furby meet each other, they are talking and singging.



Seronok bila melihat Furby menyanyi dan berborak sesama mereka. Bila kita letakkan bersebelahan antara satu sama lain.



Gelagat macam orang dating pun ada..gelihati tengok..huhuhuh.

Tuesday, April 23, 2013

Furby White Special Edition 2013

Apa yang specialnya tentang Furby ni, melalui karekternya yang berubah-ubah mengikut layanan Tuannya, selain memiliki bulu yang comel, kepetahannya boleh di layan melalui aplikasi telefon android atau ipad/iphone.

Kita boleh menyuruh Furby menyanyi dan adakalanya dia meminta untuk dilayan berborak. Kelakar dan mengujakan. Sekurang-kurangnya ia menghilangkan kebosanan di saat kita kesunyian.

Tentunya untuk kanak-kanak, model robot Furby yang interaktif ini akan membuatkan mereka seronok melayan karenah dan bunyi-bunyian percakapan bahasa Furby.

Furby Edisi Special 2013 berwarna putih ini memiliki karektar dan fungsi yang sama dengan Furby lain tetapi memiliki bulu putih yang lebih halus dan lembut seakan-akan kucing putih. Produksi untuk berwarna putih ini amat jarang berada di pasaran.

Secara amnya, oleh kerana kekurangan stok Furbydi pasaran terutama di Malaysia, harganya semakin hari melonjak tinggi. Jadi rebut peluang memiliki robot Furby yang unik ini.

Kali ini, tawaran pakej PERCUMA dengan Furby Carrier (sementara stok masih ada)..jadi cepat sebelum saya umumkan..."maaf dah habis stok la"

Pakej Furby White Special Edition 2013:
1 Furby Robot
1 Furby Carrier (FREE* worth RM40)
All the above RM280 (excluding post)

*while stock last!

 




Friday, April 19, 2013

Fish Scale Brooch



This is a delicate vintage Fish Scale brooch made of dyed and natural fish bones and scales. The natural colored bones form the base of the brooch. They are glued onto a plastic base with a pin back. 
This Fish Scale brooch is quite unusual. The pin mechanism on the back is secure and in good working order.
Made from Natural Fish Scale with the appropriate size of 50 cents coin. Comes with vibrant natural colors and stand on its on uniqueness.

Limited unit available..so hurry up..grab this collection.

Price: RM25/pc (excluding postage)
 

Thursday, April 18, 2013

Periuk Ajaib dari Nutrilite






Ciri-ciri Periuk Ajaib Nutrilite
  • Menjimatkan tenaga
  • Senang dan Mudah Alih
  • Sesuai untuk berkelah, mengadakan jamuan dan bekalan semasa perjalanan jauh
  • Mudah digunakan
  • Boleh digunakan sebagai kotak pendingin supaya minuman atau makanan sentiasa sejuk
  • Mempunyai penebat supaya makanan sentiasa panas selama 6-8 jam

RM35 for all (excluding postage)
Condition: New


Wednesday, April 17, 2013

Furby New Stock for 2013

Alhamdulillah, just got a call from my supplier today about Furby. Our ordered for Furby can only be materialised this month. After few months wait and queue with other seller. I heard in Thailand the demand is very high and one can only purchased with more than RM500 per item..fuh!!

I would not say much as I knew this Furby mania or trend is bubbling, this is precious items to be displayed and I am counting days to say...hey!!! its OUT OF STOCK AGAIN...and I believed it will not be so long to hold this stock.

Its first come first serve. And for this SPECIAL APRIL OFFER..the Furby package comes together with Furby Carrier. One can use the Furby Bag to carry with.

Furby Orange Package:
1 Furby Orange Robot + 1 FREE Furby Carrier / Bag worth RM40
All the above RM280 (excluding post)


Furby Purple Package (SOLD OUT):
1 Furby Purple Robot + 1 FREE Furby Carrier / Bag worth RM40
All the above RM280 (excluding post)

 

Grab this..as I only have this precious two units Furby only!!!

 


   
Furby Orange 2013

Furby Purple 2013



Friday, April 12, 2013

Oil Painting Rain of Hope



Inilah koleksi lukisan minyak Mas yang terakhir bersaiz besar ukuran lebih kurang 68cm x 99cm (tanpa bingkai gambar), amat sesuai untuk diletak di bahagian titik tumpu - Rain of Hope.

Sama ada dipamerkan di ruang tamu, bilik utama atau mungkin ruang tv. Banyak orang bertanya mas, kenapa lukisan minyak?




Pembaca semua, lukisan minyak ni lebih natural atau asli berbanding yang dicetak menggunakan komputer atau teknik super impose yang lain. Bagi mas, bila kita membingkaikan (frame) gambar, tidak perlu meletakkan cermin kerana lukisan ini akan mempamerkan karakter yang sendiri.

Kemudian, bila sudah berdebu, sama ada kita menggunakan bulu ayam atau mengambil kain dengan mengelap bahagian permukaan cat tersebut. InsyaAllah tidak akan luntur warna tersebut...jangan la guna berus dawai umpama membasuh baju pula huhuhuhuh.

Rain of Hope ini bertema abstrak natural, sesuai untuk konsep moden kontemporari. Walaupun abstrak, campuran dan kombinasi warna tidak serabut. Begitu juga "stroke" dan teknik mewarna yang berbeza-beza di atas kanvas seni.

Mewakili dirinya, pelukis yang sama menghasilkan Secret of Three, Spin of Galaxy dan yang ini, Rain of Hope.


Mas juga mengambil peluang ini memohon maaf jika harga yang Mas letakkan agak murah atau sedikit sebanyak menggangu pasaran kita di Malaysia. Bukan niat Mas merosakkan harga standard yang dilakukan, almaklum kebanyakan lukisan tersebut Mas dapatkan dari luar negara di mana kos sara hidup mereka rendah berbanding di Malaysia. 

Umum atau kebiasaannya lukisan sebesar ini untuk pasaran tempatan Malaysia, minimumnya adalah sekitar RM3000 dan ke atas. Jadi terpulang, anda boleh buat keputusan bergantung kepada minat anda pada profil pelukis juga tidak menjadi kesalahan. Hobi adalah satu yang unik bukan.




Rain of Hope
Size excluding frame: 68cm x 99cm
Konsep: Moden / Kontemporari / Abstrak 3D
Asas: Cat Minyak
Harga: RM788 (tiada frame/bingkai - tidak termasuk kos penghantaran)
COD: Bangi / Kajang / Putrajaya

Thursday, April 11, 2013

Oil Painting Spin of Galaxy










Koleksi lukisan minyak (oil painting) seterusnya mas ingin ketengahkan dari pelukis yang sama "Secret of Three". Menggabungkan teknik 3D dan dominasi warna berbeza. 

Pelukis yang sama menghasilkan "Secret of Three", baca info di sini:-

http://kedai-maserra.blogspot.com/2013/04/lukisan-sebagai-pelaburan.html

Jika dahulu the "Secret of Three" berlatar belakangkan warna kemerahan jingga, kali ini "Spin of Galaxy" mendominasikan warna perak (silver). Keunikan lukisan ini adalah dari penataan warna menimbulkan corak stylish perak yang bersinar!


Lukisan ini sesuai diletakkan di ruang tamu atau di bilik bacaan atau di billik tidur. Kebebasan gaya boleh dipaparkan sama ada menegak atau melintang mengikut keluasan dinding rumah yang ingin kita pamerkan.  

Spin of Galaxy
Size excluding frame: 68cm x 99cm
Konsep: Moden / Kontemporari / Abstrak 3D
Asas: Cat Minyak
Harga: RM788 (tiada frame - tidak termasuk kos penghantaran)
COD: Bangi / Kajang / Putrajaya




Wednesday, April 10, 2013

Sikat Tanduk umpama spa di kepala.


Pengalaman melihat negara Vietnam, ketika itu bercuti di Hanoi pada tahun 2012. Sambil melancong sambil membeli stok bekalan Sikat Tanduk di negara tersebut. Melengkapkan stok Sikat Tanduk saya dari 3 buah negara, Indonesia, China dan Vietnam.  

Banyak teknik penjagan yang boleh kita belajar penggunaannya. Bila kita sudah lama menggunakan Sikat Tanduk, baru kita rasa best ke tidak.....fuh!!!...best sebenarnya. Terutama bila bilah-bilah Sikat Tanduk itu membelai urat-urat di kepala...ia umpama mengurut sambil menyikat.

Rasa ringan di bahagian kepala usai menyikat di bahagian atas dan belakang dan perasaan "fresh" bila kita melakukan setiap hari selepas mandi.

Baca keterangan setelah melihat gambar di bawah di sini:-

http://kedai-maserra.blogspot.com/2006/07/teknik-sikatan-di-kepala.html

 


Tuesday, April 09, 2013

Penjagaan Sikat Tanduk (Horn Comb)






Salam semua,

Sejak dua menjak ni banyak yang bertanya tentang sikat tanduk (horn comb). Perniagaan sikat tanduk ni sudah lama Mas sudah mulakan sejak 2006 lagi. Hingga kini permintaan sentiasa ada dan semakin ramai yang memahami serta meminati penjagaan rambut cara yang betul menggunakan sikat tanduk.

Penggunaan sikat tanduk sememangnya perlu kerana jika dibiarkan terlalu lama atau terkena bahang panas seperti terjemur dek sinaran matahari akan menyebabkan sikat tanduk menjadi retak (cracked). Malahan ada yang sudah berbau.

Jadi Mas kongsikan tips mudah penjagaan sikat tanduk.


Basuh sikat tanduk yang sudah digunakan dan keringkan. Kemudian, lumurkan kan sikat tanduk menggunakan baby oil atau minyak zaitun.

Mudah bukan...selamat mencuba.

Untuk dapatkan maklumat barangan sikat tanduk, baca di sini:-  

http://kedai-maserra.blogspot.com/2006/07/sikat-rambut-kesihatan-tanduk-seladang.html

Monday, April 08, 2013

Lukisan sebagai pelaburan!

Setelah selesai sedikit demi sedikit menyusun barang, terjumpa banyak koleksi lukisan yang saya beli ketika melancong tapi belum berkesempatan untuk di "frame"kan.

Ada yang bertahun, ada yang berbulan lamanya dalam simpanan kotak. Kali ni mas nak buat jualan permulaan sementelaah ini sebagai sebahagian dari hobi apabila melancong ke luar negara...membeli belah painting / lukisan mesti dalam salah satu acara...bak kata orang seperti mencari khazanah alam juga...ataupun mencari keunikan setiap negara..kerana seni setiap orang berbeza, begitu juga laku seninya berbeza setiap negara.

Banyak rumah bergaya moden atau kontemporari menggunakan kertas dinding (wall paper) sebagai titik tumpu atau ada yang menggunakan cat yang garang. Teknik menggunakan kertas dinding sebenarnya boleh digunakan tapi perlu kita fikir secara jangka panjang.

Kebanyakan pemilik rumah menggunakan kertas dinding (wall paper), perbelanjaan paling minimum sekitar RM1000-RM1500 bagi menaikkan seri wajah "feature wall", bagi yang bercorak kasar, jelas dan besar, kosnya lebih mahal. Sebenarnya kertas dinding tidak tahan lama, bermakna sekitar 3-5 tahun, kebarangkalian untuk menukarkan kertas dinding perlu dilakukan bagi mengelakkan mata berserabut apabila melihat kertas dinding mula berkopak, koyak dan kusam.

Sebenarnya, jika kita melaburkan di dalam lukisan, semakin lama lukisan tersebut, selain dari ketahanannya, nilainya semakin tinggi. Begitu juga apabila mata sudah jemu, kita boleh menjualnya semula kerana nilainya masih ada. 

Untuk permulaan, mas menawarkan koleksi yang mas ada, tawaran harga ini sah sehinggalah ianya masih belum di "framekan"..jika dah frame...almaklumlah..kosnya tentulah akan bertambah...huhuhuhh...mana tahu masa tu sudah berubah fikiran.

Lukisan ini sesuai diletakkan diruang tamu atau di bilik bacaan atau di billik tidur.

Efek 3D yang ditonjolkan pada lukisan ini menonjolkan gaya kelainan dan kreativiti pelukis. Keunikan lukisan minyak ini terletak kepada tiga bulatan atau mas nampak seperti spiral yang menjadikan tumpuan ketenangan bila melihat ke arah lukisan ini. Tambahan lagi, kebebasan gaya boleh dipaparkan sama ada menegak atau melintang mengikut keluasan dinding rumah yang ingin kita pamerkan. 

Ok, grab this offer, kerana setiap karya seni adalah satu masterpiece!

Secret of Three
Size excluding frame: 68cm x 99cm
Konsep: Moden / Kontemporari / Abstrak 3D
Asas: Cat Minyak
Harga: RM788 (tiada frame - tidak termasuk kos penghantaran)
COD: Bangi / Kajang / Putrajaya