KENALI SAYA

MasErra: dari MLM ke Usahawan Emas



Perubahan demi perubahan berlaku dalam setiap perjalanan hidup seseorang. Sudah tentulah rasional akal akan memilih setiap perjalanan adalah berubah ke arah yang lebih baik.

"Sebenarnya peluang dalam perniagaan emas ini sudah lama datang sejak tahun 2009, tetapi saya menunggu masa yang sesuai dan penghijrahan ini tentunya adalah ke arah yang lebih baik", itulah kata-kata MasErra sebaik memulakan bicaranya.


Pengalaman dalam perniagaan dulu di Multi Level Marketing (MLM) banyak mematangkan MasErra atau nama sebenarnya Mas Syuhairah Haliza Binti Masbah. 

"Setiap ilmu dan kemahiran yang ditimba di dalam MLM menjadi bekalan untuk saya gunakan dalam perniagaan ini", ujar MasErra. 

Di dalam perniagaan yang mempromosikan produk pendidikan, di bawah naungan Kenshido International Sdn Bhd, dengan sokongan suami, sistem dan mentor, MasErra telah berjaya memperolehi kejayaan demi kejayaan dalam perniagaan yang juga popular dengan nama lain iaitu network marketing.




Di dalam industri MLM, segmen pasaran adalah berbeza, tumpuan lebih kepada pelbagai golongan dari yang rendah hinggalah kepada golongan professional yang ingin mendapatkan produk bagi pembelajaran anak mereka atau mencuba mendalami ilmu keusahawan. Persekitaran MLM ini membawa saya mengenal kehidupan sesorang itu dapat diubah dengan setiap usaha yang dilakukan.


Kini, walaupun beliau beralih ke cabang yang lebih mencabar iaitu perniagaan emas, tanpa menoleh ke belakang lagi, MasErra bersama suami mengorak langkah lebih jauh dan tinggi. Baginya setiap orang perlu mengambil ilmu dan memahami bagaimana emas adalah simpanan yang terbaik berbanding tunai. 

Rata-rata orang melayu bersikap tunggu dan lihat ataupun skeptikal kepada perubahan yang perlu dilakukan. Cuba kita lihat bagaimana generasi kita terdahulu mengumpul wang dan membeli barangan kemas. Inilah cara atau kaedah simpanan yang sepatutnya kita amalkan. Begitu juga pertumbuhan bank yang pesat apabila industri perbankkan juga menawarkan pembelian emas sama ada dalam bentuk fizikal atau buku akaun (paper gold passbook/account).

Pilihan yang bijak menentukan pulangan yang lebih kepada kita sebagai penyimpanan. MasErra melihat industri emas sebagai potensi yang lebih stabil dan cerah terutama melihat peluang dalam perniagaan emas yang rata-rata dipelopori oleh bangsa Tionghua dan India. Melihat pada perkembangan yang positif, peluang bumiputera amat cerah kerana kumpulan pasaran ini masih belum diterokai sepenuhnya.

Kehidupannya kini lebih terurus dan lancar kerana banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga apabila menyertai program Usahawan Emas ini. Ikuti rahsia selanjutnya kenapa saya memilih cabang perniagaan ini dalam www.kedai-maserra.blogspot.com dengan menjadi follower saya atau ikuti perkembangan dalam Facebook dengan menekan LIKE di  MasErra A Journey To Millionaire .


No comments: